RSS

Resepi Kueh Lopes.

Cara-cara :
2 cawan beras pulut

2 cawan santan

1/2 cawan air pandan (kisar)

1 sudu teh air kapur (saya tak letak)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh pandan paste




kelapa parut (isi putih sahaja) dan garam untuk digaul dengan lopes.
Air Gula Merah.

1 cawan gula merah

1 cawan gula pasir

3 cawan air

1 helai daun pandan


Cara-cara :

1. Basuh dan rendamkan beras pulut selama 2-3 jam dengan air kapur sebelum dikukus. Saya tak letak pun air kapur. Rendam biasa sahaja.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali kelapa. Kukus selama 30 minit. Selepas 30 minit, kacau pulut untuk memastikan ia masak sekata. Kalau pulut tak cukup masak lagi. Tambah 10 minit lagi masa mengukus.
Sekiranya korang rendam sekejap sahaja pulut. Bolehlah dibiarkan pulut tu dikukus lebih lama. Bila diperiksa ia lembut seperti nasi.

3. Bila dah masak, sejukkan seketika sebelum dibentuk menjadi bulat.

4. Satu cara : lumurkan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput besar pulut. Bentukkan menjadi bulat. Buat sehingga habis.

Part ni kena sabar banyak ye. Pengalaman saya, 2-3 biji sekali saya kena basuh tangan. Pastu lumur balik minyak. Bila melekat tangan dengan pulut. Basuh balik tangan. Lumur minyak. Ulang sampai habis.

Cara dua : Gunakan penutup bekas Nescafe untuk membentuk jadi bulat. Alas dengan plastik untuk mudah masa keluarkan pulut.

5. Masak kesemua bahan untuk air gula merah sehingga mendidih.

6. Bila nak makan, gaulkan lopes dengan kelapa. Tuangkan air gula merah ke atasnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment