RSS

puding roti marbel


Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kuih keria

Bahan2nya:-

1 kg. ubi keledek
3 cawan tepung gandum
minyak


Gula Sira:-
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara2nya:-

Ubi keledek direbus hingga empuk taruh sedikit garam.
Kemudian dilenyek hingga lumat.
Masukkan tepung & digaul hingga sebati.
Setelah itu dibentukkan spt gelang.
Kemudian goreng hingga masak.
Angkat & toskan.

Utk siranya:-

Masakkan gula pasir & air hingga pekat berambut (api biar kecil kalau kuat nanti gula hangus)
Kemudian masukkan kuih tadi hingga bersalut rata kesemuanya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kuih puteri ayu

BAHAN-BAHAN:

- 5 biji telur ayam(kecil)
- 250g tpg gandum
- 300g gula pasir
- 2 camca kecil ovellette
- 1 camca kecil baking powder
- 250g santan
- pewarna hijau
- 2 camca kecil pandan taste( nak sedap... guna air daun pandan)
- kelapa parut (ambil putih sahaja) + garam + tepung ubi (utk mencantikkan kelapa spy tidak berkecai..

KAEDAH:

1. panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. sapukan minyak pada acuan.... (supaya kuih mudah dikeluarkan dari acuan bila dah masak)
3. putar telur + gula + ovellete (sehingga kembang)
4. masukkan pewarna hijau dan perasa pandan
5. Masukkan santan (putar seketika)
6. Masukkan pula tepung (yg tlh digaulkan brsama baking powder).... gaul hingga sebati....
7. masukkan kelapa parut tadi kedalam acuan...
(lebih kurang satu sudu teh makan.... mampatkan....)
8. tuang adunan dalam acuan hingga penuh....
9. kukus lebih kurang 5 minit....
10. sejukkan sekejap... pastu keluarkan dari acuan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPAGHETTI BOLOGNEES

1 paket spaghetti – rebus air, masukkan spaghetti serta garam secukup rasa.
Bila masak, toskan dan siram dengan air sejuk, toskan lagi. Tuangkan 3 sudu besar minyak zaiton dan gaul rata utk elak spaghetti melekat.

Bahan sos :
500 gm daging kisar
½ labu bawang putih dicincang
4 biji bawang besar didadu
1 tin cendawan butang dipotong
1-2 biji capsicum didadu
½ botol sos tomato
¼ botol sos cili
1 tin kecil tomato puree
1 sudu besar oregano
1 sudu besar lada hitam digiling
Garam secukup rasa
5 sudu besar Minyak zaiton untuk menumis
Sedikit air, garam dan gula secukupnya

* kalau nak tambah 2 batang celery yg di potong nipis pun lg sedap.

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging kisar- masak hingga garing. Masukkan mushroom, tomato puree, sos tomato, sos cili, lada hitam, oregano, air, gula dan garam. Kacau hingga hampir masak, masukkan capsicum. Tutup api dan hidang bersama parmesan cheese.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Agar-agar Semangka/Tembikai

1 bungkus agar2 tali
2 cawan gula pasir/ikut manis
6 cawan kecil air (nak senang isi jer air dlm palstik agar2 td)
4 biji putih telur
pewarna hijau-utk kulit
pewarna merah/kuning-utk isi
sedikit kismis @ bijan hitam (aubatul sauda') - utk biji (x nak letak pun x per)
sedikit esen rose

1. Pukul putih telur hingga kembang/meringue
2. Sementara itu, masak agar2 bersama gula dan air sehingga agar2 larut.Masuk esen rose jika suka.
3. Tapis agar2 ke dlm putih telur dan pukul lagi hingga hampir2 sejuk.
4. Tuangkan ke dlm bekas bulat. Taruhkan sedikit pewarna merah/kuning ditengah agar2.
5. Kacau dgn chopstick/lidi sate. Jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. Letakkan kismis di permukaan agar2 tadi dan masukkan dlm fridge.
7. Bila agar2 dah sejuk, keluarkan dr bekas dan terbalikkan lalu disapu pewarna hijau sbg kulit.
8. Potong dan hidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Goreng Tom Yum

1 mangkuk nasi
beberapa ekor udang atau sotong
1 cawan daging , atau ayam di hiris nipis
kobis dihiris halus
karot dipotong dadu
daun ketumbar dimayang halus
2 biji telur
cili merah dihiris
garam secukup rasa

Bahan Untuk Menumis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 peket perencah Tom Yum (peket kecil)
1 sudu besar sos tiram

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAM PANGGANG AIR KELAPA

Bahan2nya:-

...1 ekor ayam yg kecil
500 ml air kelapa
3 helai daun salam (yg fresh ataupun kering)
2 sudu besar air asam jawa (pekat)
2 sudu besar gula melaka
garam

Dimesin:-
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar (disangar dulu)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah


Caranya:-
Masukkan kesemua bahan ke dlm kuali kecuali ayam. Biarkan rempah mendidih & sebati sebelum masukkan ayam.

Bila rempah sudah agak2 kering. Angkat. Letakkan ayam bersama rempah ke dlm oven (utk dipanggang) Panggang hingga agak2 garing sedikit baru dikeluarkan.
See More

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tepung pelita


 
bhn2 A
1cwn tpg beras
1cwn gula
5cwn air
...4 helai daun pandan(blend bersama 5cwn air tadi)
sedikit kapor dan garam(saya x buh air kapor sbb xde)

bhn B
5 sudu mkn tpg beras
4cwn santan (dari sebiji kelapa)
2 sudu teh kfc garam

caranya
masukkn bhn A-gaul sebati dan msk atas api hingga berkilat warnanya-masuk dlm acuan

bhn2 B..santan td juga d satukn dan msk atas api hingga pekat dan mengelegak(kira dah msk)

tuangkn atas lapisan berwarna hijau dan boleh d sejukkn...resepi ni x perlu d kukus...
See More

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sambal takua (tauhu)

bahan2:
tauhu
cili kering
...bwg merah
belacan sket
garam
gula sket
air asam jawa sket je

cara:
goreng tauhu n ptg kecil...kisar cili kering, bwg merah, belacan...tumis bhn kisar sampai pecah minyak...kemudian masuk air asam jawa...biar garing lg sekali, masuk tauhu, garam n gula...kacau rata...siapppp!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kek coklat moist



bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair... See more
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..

bhn C: telur 4 bj (blender jer)

Cra2 bt:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

biskut chpsmore


bahan:190g mentega,45g gula perang,80g gula,250 g tepung(kl kurang tmbh tepung lg),1 sudu kecil baking powder,1 sudu besar koko,1 sudu kecil esen vanilla,100 g coklat chip,100 g badam cincang kasar,1 biji telur
tepung gndum n baking powder d...iayak
pukul mentega, gula perang dan gula kastor sebati
masukkan telur,esen vanilla....pukul lg sehingga sebati...
masukkan tepung agak2 sebati dan tidak melekat ditangan boleh la masukkan coklat chip dan badam...
gaul perlahan supaya coklat chip tidak pecah
kemudian boleh la dibentuk adunan tu ikut suka ati......
See More

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

chilled cheesecake with kiwi topping

Bahan Base (A):

250 gm biskut mudah hadam
...125 gm mentega tanpa garam (dengan garam pun boleh)
1 sudu teh coklat emulco.

Bahan B:

200 ml krim putar UHT (whipping cream)
250 gm krim keju
120 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan C:

15 gm gelatin
100 ml air panas

* Larutkan dengan cara memasukkan gelatin ke dalam air panas sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga gelatin tidak berketul. Guna larutan gelatin ini hanya ketika sejuk.

Cara buat:

1. Hancurkan biskut jadi serbuk. Sediakan loyang springform/loose bottom berbentuk bulat & bersaiz 6 x 3.

2. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler. Masukkan coklat emulco. Kacau rata. Bila sejuk tuang ke dalam biskut. Gaul hingga sebati.

3. Tekan dan ratakan biskut ini di dalam loyang. Sejukkan di dalam peti ais.

4. Pukul krim putar hingga kental. Jangan terlebih pukul nanti krim akan kembali cair. Ketepikan.

5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi hingga sebati.

6. Kemudian tuang bahan ini ke dalam bekas berisi krim putar dan gaul rata menggunakan whisk atau spatula.

7. Keluarkan base dari peti ais. Tuangkan adunan kek ke atas adunan biskut. Ratakan. Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam. Sebaiknya semalaman.



- Untuk topping ~ boleh beli yang ready made. Atau boleh cuba lain-lain resepi.

- Untuk base ~ boleh ubah citarasa dengan menggunakan biskut lain seperti oreo (buang warna putih) atau paling tidak pun biskut marie.

- Untuk gelatin, saya beli di Bagus. Gelatin dari Bagus telah disahkan halal oleh JAKIM. Boleh disemak di direktori halal. Boleh juga guna Halagel.

- Boleh letak perisa juga sekiranya mahu ~ strawberry, cherry, blueberry, coklat & kepingan coklat (seperti Cadbury, Toblerone), dll.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apam pisang

4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
1 cawan minyak

Kisar (blend) ke semua bahan. Kemudian tuang ke dlm apa2 acuan pun.. Kukus hingga masak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

muffin jagung berkeju


MUFFIN JAGUNG BERKEJU

Bahan-bahan
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil garam
...1/2 cawan emping jagung
40g isi jagung manis (dlm tin)
3/4 cawan hirisan keju
2 biji telur, dipukul
1/4 cawan susu
1/4 cawan minyak

Cara Penyediaan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Sapukan 8 acuan mufin
dengan minyak atau mentega.

2. Ayak tepung dengan garam kedalam mangkuk besar.
Gaulkan emping jagung , hirisan keju dan isi jagung .
Buatkan satu lubang ditengah.

3. Tuangkan telur, susu dan minyak yang telah dicampurkan ke
dalam lubang tadi.

4. Dengan menggunakan sudu kayu, gaulkan bahan-bahan tadi.
Letakkan bahan yang dicampurkan tadi kedalam acuan mufin dan
bakar selama 20 minit, atau sehingga berwarna kuning keemasan.
See More

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kek caramel

saiz 7x7

bahan2:
...(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap
See More

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

agar-agar laici


agar - agar laici ( murah dan ringkas)

agar2 tali -23 gram (rm 2.00)
1 tin laici
8 mug air (termasuk air laici)
...1 mug gula
pewarna merah
caranya :
rendam agar2, bila dah kembang , masakkan dng. 4 mug air ,bila dah larut , masukan gula , baki air tadi , buah laici yang telah diptong kecil dan pewarna merah , kacau hingga mendidih, angkat dan masukkan kedalam bekas kecil2, sejukkan n masukkan dlm peti sejuk ... sedap dimakan .. cubalah

* klu menggunakan loyang kurangkan air jadi 6 1/2 mug shj . keras skit , bolehlah dipotang2 utk hidangan(tapi akak selalu buat dlm bekas kecil2(yg ada tutup tu)
See More

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kek kukus asam


Bahan-bahannya:

220g tepung gandum
...225g gula caster
5 biji telor
150ml susu cair
100ml minyak
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam halus
Hawflakes secukupnya [kalau xder, boleh ganti dgn Prune]
Pewarna ikut suka


Bahan-bahannya:

220g tepung gandum
...225g gula caster
5 biji telor
150ml susu cair
100ml minyak
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam halus
Hawflakes secukupnya [kalau xder, boleh ganti dgn Prune]
Pewarna ikut suka

Cara-caranya:

1. Pukul telor bersama esen vanila, garam, ovalette dan gula sehingga kembang;
2.Masukkan susu cair dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder ke dalam bancuhan telor tadi, pukul hingga bancuhan sebati dan gebu;
3.akhir sekali masukkan minyak dan kacau bancuhan dengan spatula hingga sebati;
4.Bahagikan bancuhan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan mengikut warna kesukaan anda[kalo boleh biar sama byk];
5. sapukan sedikit minyak pada loyang yg telah di alas dgn kertas minyak;
6. Tuangkan bancuhan bagi warna yang pertama, ratakan dan susun hawflakes @ prune di atas permukaannya, kemudian kukus lebih kurang 5-6 minit;
7. kemudian tuang bancuhan bagi warna yang berikutnya dan susun hawflakes @ prune, sehinggalah seterusnya...
8. Untuk Lapisan yang terakhir, kukus kek selama 15-20 minit bagi kek masak keseluruhannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS