RSS

chilled cheesecake with kiwi topping

Bahan Base (A):

250 gm biskut mudah hadam
...125 gm mentega tanpa garam (dengan garam pun boleh)
1 sudu teh coklat emulco.

Bahan B:

200 ml krim putar UHT (whipping cream)
250 gm krim keju
120 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan C:

15 gm gelatin
100 ml air panas

* Larutkan dengan cara memasukkan gelatin ke dalam air panas sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga gelatin tidak berketul. Guna larutan gelatin ini hanya ketika sejuk.

Cara buat:

1. Hancurkan biskut jadi serbuk. Sediakan loyang springform/loose bottom berbentuk bulat & bersaiz 6 x 3.

2. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler. Masukkan coklat emulco. Kacau rata. Bila sejuk tuang ke dalam biskut. Gaul hingga sebati.

3. Tekan dan ratakan biskut ini di dalam loyang. Sejukkan di dalam peti ais.

4. Pukul krim putar hingga kental. Jangan terlebih pukul nanti krim akan kembali cair. Ketepikan.

5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi hingga sebati.

6. Kemudian tuang bahan ini ke dalam bekas berisi krim putar dan gaul rata menggunakan whisk atau spatula.

7. Keluarkan base dari peti ais. Tuangkan adunan kek ke atas adunan biskut. Ratakan. Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam. Sebaiknya semalaman.



- Untuk topping ~ boleh beli yang ready made. Atau boleh cuba lain-lain resepi.

- Untuk base ~ boleh ubah citarasa dengan menggunakan biskut lain seperti oreo (buang warna putih) atau paling tidak pun biskut marie.

- Untuk gelatin, saya beli di Bagus. Gelatin dari Bagus telah disahkan halal oleh JAKIM. Boleh disemak di direktori halal. Boleh juga guna Halagel.

- Boleh letak perisa juga sekiranya mahu ~ strawberry, cherry, blueberry, coklat & kepingan coklat (seperti Cadbury, Toblerone), dll.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment