RSS

mee udang

Bahan-bahan




1) Mee (300g)

2) Udang (100g)

3) Kulit dan kepala udang (1 mangkuk)

4) Bawang putih (2 ulas)

5) Bawang besar (1 labu)

6) Serai (2 batang)

7) Tauhu (1 keping)

8) Taugeh (100g)

9) Sawi (1 ikat)

10) Daun bawang (sedikit)

11) Daun sup (sedikit)

12) Pes cili (2 sudu besar)

13) Sos tomato (2 sudu besar)

14) Belacan - dibakar (sedikit)

15) Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)

16) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)

17) Bawang goreng (sedikit)

18) Gula (sedikit)

19) Garam (sedikit)

20) Minyak untuk menggoreng



Cara Masak



Cara-caranya, rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.



Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.



Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.



Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.



Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.



Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.



Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.



Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.



Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.



Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.



Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment