RSS

Gulai Ikan Patin

Bahan-Bahan:


1 ekor ikan patin (sederhana besar)

1 biji kelapa (diambil santannya)

1-2 sudu rempah kari ikan

3 sudu besar air asam jawa

3 biji cili hijau

pucuk ubi kayu (dicelur)

garam secukup rasa



Bahan utk membersih ikan:

Tepung gandum

Air asam jawa Bahan utk dikisar:

1 ulas bawang putih

3 biji cili kering

5 ulas bawang merah

½ inci kunyit

2 hirisan lengkuas

Cara:

Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan dengan tepund gandum, selepas seminit rendamkan ikan yang dilumur tadi didalam air asam jawa. Selepas 5 minit bilas ikan tersebut hingga bersih dan toskan. Kemudian masukkan ikan bersama bahan yang dikisar, rempah kari dan air asam jawa kedalam periuk. Renihkan sekejap dengan api yang perlahan, setelah air dari ikan tadi hampir kering masukkan santan, garam serta daun ubi (waktu masukkan santan bolehlah dibesarka api). Biarkan mendidih baru diangkat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment