Bahan-Bahan:
20 gm suhun
100 gm fucuk tauhu
3 keping tauhu - dipotong dadu
200 gm tempe - dihiris nipis
80 gm udang kering
1 liter santan
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disimpul
50 gm lobak merah - dihiris jejari
50 gm sengkuang - dihiris jejari
50 gm kacang panjang - dihiris jejari
50 gm kobis / bunga kobis - dipotong kasar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan untuk dikisar:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
80 gm kunyit hidup
50 gm cili kering - direndam dahulu hingga lembut
Cara penyediaan:
Goreng suhun, fucuk tauhu, tauhu dan tempe hingga garing secara berasingan. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan santan, serai, daun kunyit, sayur-sayuran, bahan-bahan yang telah digoreng dan akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga kuah pekat dan mendidih. Angkat. Hidangkan bersama ketupat nasi, telur rebus dan kuah kacang atau rendang.
kuah lontong/lodeh
ayam masak tomato
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas.
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.
ayam masak halia
Bahan-bahan:
250 gm ayam - potong kecil-kecil
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris
Cara penyediaan:
Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.
Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.
Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.
tom yam ayam
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong
Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.
Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.
Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.
Bergedil
Bahan-bahan:
300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam
Bahan salut:
2 biji telur - pukul
Cara Penyediaan:
Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.
Panaskan minyak dalam kuali.
Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.
Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.
Telur Masak Tempe
Bahan-Bahan:
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 biji telur ayam
6 biji cili kering
Sedikit udang kering
1 keping tempe dipotong dan digoreng dahulu
garam
minyak untuk menumis
Cara:
Tumbuk cili kering, bawang putih , bawang merah dan udang kering. Tumiskan bahan2 tadi sehinga garing. masukkan telur kacau hinga telur menjadi berketul-ketul dan masukan tempe.masukan garam
Kari Telur Mudah
Bahan-Bahan:
6 biji telor
5 sudu besar Rempah kari daging
2 biji tomato dipotong empat
½ liter stok ayam
garam secukup rasa
Sedikit minyak
Bahan-bahan ini dikisar
20 biji cili padi
20 gm lada kering
200 gm bawang merah
30 gm halia muda
Cara:
Telur di rebus hingga masak. Kupas kulit telur dan asingkan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum. Bancuh rempah kari didalam stok ayam dan tambahkan ke bahan kisar yang telah harum. Biarkan mendidih. Lau campurkan telur dan tomato. Biar masak selama 10 minit.
sambal kering serawak-resepi mertua
bahan-bahan:
cili padi
ajinomoto
belacan
ikan bilis
cara-cara memasak:
tumbuk cili padi dengan ajinomotokemudian masukkan ikan bilis beserta belacan tumbuk sehingga sebati
Ikan Bilis Cili Padi
Bahan-Bahan:
ikan bilis
belacan
cili padi
asam keping
bawang putih
bawang merah
minyak
Cara:
semua bahan diatas hendaklah digoreng terlebih dahulu.
kisar/tumbuk belacan,cili padi,bawang merah dan bawang putih.
tumis bahan yang telah dikisar/tumbuk dan masukan asam keping 2-3 keping.tumis sehingga agak garing kemudian masukan ikan bilis dan gaul rata.masukkan garam dan serbuk perasa.
Gulai Ikan Patin
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin (sederhana besar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1-2 sudu rempah kari ikan
3 sudu besar air asam jawa
3 biji cili hijau
pucuk ubi kayu (dicelur)
garam secukup rasa
Bahan utk membersih ikan:
Tepung gandum
Air asam jawa Bahan utk dikisar:
1 ulas bawang putih
3 biji cili kering
5 ulas bawang merah
½ inci kunyit
2 hirisan lengkuas
Cara:
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan dengan tepund gandum, selepas seminit rendamkan ikan yang dilumur tadi didalam air asam jawa. Selepas 5 minit bilas ikan tersebut hingga bersih dan toskan. Kemudian masukkan ikan bersama bahan yang dikisar, rempah kari dan air asam jawa kedalam periuk. Renihkan sekejap dengan api yang perlahan, setelah air dari ikan tadi hampir kering masukkan santan, garam serta daun ubi (waktu masukkan santan bolehlah dibesarka api). Biarkan mendidih baru diangkat.
Asam Pedas Sarawak
Bahan-Bahan:
Bahan2:
ikan terubuk segar, disiang dan dicuci bersih
Bahan2 ditumbuk:
kunyit,
cili padi,
asam kelubi,
serai,
sedikit belacan
bawang putih
Cara:
Rebus air hingga mendidih.Masukkan bahan yang telah ditumbuk. Bila dah sebati, masukkan ikan. Biar seketika hingga masak.Tambah garam dan serbuk perasa.
Nasi Tomato
bahan-bahan
ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga 2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos
Cara:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.
Udang Goreng Dengan Daun Bawang
Bahan-Bahan:
1 kg udang yang sederhana besarnya
1 sudu teh serbuk kunyit
50 ml minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa 150 gm sadri ]
150 gm bawang besar ]
150 gm daun bawang ] dimayang halus
120 gm cili merah ]
50 gm bawang putih ]
120 gm cili hijau ]
Cara:
Bersihkan udang dan buangkan kulitnya. Kemudian basuh dan toskan airnya. Setelah itu goreng hingga kuning. Kemudian masukkan semua bahan yang sudah dimayang tadi sambil dikacau hingga rata. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk perasa secukup rasa serta serbuk kunyit. Kacau hingga sebati. Kemudian bolehlah diangkat.
Udang Harimau Bercili
Bahan-Bahan:
400 gm udang harimau
100 gm cili merah
3 ulas bawang putih
100 gm bawang merah Sedikit halia
Serbuk kunyit dan serbuk perasa
Sedikit sos cili
Cara:
Udang digoreng separuh masak. Tumis bawang merah, bawang putij, halia, kunyit dan cili merah. Biarkan sehingga pecah minyak atau udang masak. Masukkan serbuk perasa dan sos cili. Rasa, angkat dan dihidangkan segera.
Udang Lemak Nanas
Bahan-Bahan:
10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai 1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula
Cara:
Bersihkan udang&toskan.Taburkan sedikit gula diatasnya.Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan& bawang merah hingga lumat.Masukkan santan ke dlm kuali& biarkan sehingga mendidih,barulah dimasukkan rempah yg telah ditumbuk tadi,masukkan sedikit minyak masak & masukkan udang lalu dibalik-balikkan.Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas & sedikit garam.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang & kerisik.Angkat & hidangkan.
Ayam Kurma
bahan-bahan:
1 ekor ayam (di potong)
2 camca besar lada putih
1 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
3 labu bawang besar
2 sm halia
½ camca besar jintan putih
4 biji cili merah
Garam secukup rasa
¼ cawan susu cair 4 camca besar serbuk ketumbar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
3 biji tomato
Air asam limau
3 cawan santan pekat
3 camca kecil serbuk kaskas
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam.
Ayam Masam Manis
Bahan-Bahan:
bahan-bahan A
½ ekor ayam ( dipotong kiub )
Tepung jagung
telur
serbuk lada sulah
minyak masak bahan-bahan B
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
5 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
5 sudu makan sos tomato
½ sudu makan gula
sedikit garam
Cara:
Bahan A
1.Ayam dipotong kiub( ambil isi sahaja)dan dicelup telur (dipukul dahulu).
2.masukkan sedikit serbuk lada sulah.
3.Celup ayam tadi ke dalam tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan.
Bahan B.
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.kemudian masukkan sos tomato diikuti gula serta sedikit garam.
2.Masukkan ayam bersalut tepung tadi ke dalam bahan ini dan digaul rata.Sedia dihidang.
Ayam Goreng Cili Padi
BAHAN A:
1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah lapan
1 batang serai ditumbuk lumat
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung beras
Sedikit kunyit serbuk & garam
Bahan B:
1 genggam cili padi
2 labu bawang
1 batang serai.
Garam secukup rasa
Cara:
LANGKAH PERTAMA:
Setelah ayam dibersihkan,bahan-bahan yang lain dilumurkan ke ayam dan dibiarkan perap selama 1 jam. Setelah diperap, ayam boleh digoreng sehingga kekuningan.
LANGKAH KEDUA:
Bahan-bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik.
tumis bahan-bahan ini jangan sampai garing. kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalam tumisan ini.
Siap untuk dimakan.
kuah cicah ulam
cili padi
ajinomoto
ikan bilis
belacan
kicap
cara-cara memasak
- tumbuk cili padi,ajinomoto dan ikan bilis dan belaca
- bubuh kicap dalam lesung tumbuk dan gaulkan bahan
- sediakan buah jambu, atau kacang botol dan lain2 ulam
Ketam Masak Lemak
Bahan-Bahan:
1 ulas bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 cm halia (ditumbuk)
1 sudu cili boh
1 cawan santan pekat
garam
gula
serbuk perasa
1kg - ketam segar
Cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang dan halia yang telah dikisar tadi. Masak sehingga naik bau, lepas itu masukkan cili boh. Biarkan seketika.... masukkan santan pekat dan ketam. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat.
laksa serawak
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa
BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Tambahan:
Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Tetapi percayalah, laksa Sarawak merupakan laksa paling sedap berbanding laksa yang lain!
gulai udang bersama kacang panjang
bahan
7 ekor udang besar
1 biji kelapa,kunyit
10 sen cili kering
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai, garam, ajinomoto dan asam
kacang panjang
cara memasak:
Udang dibersihkan. Cili kering , bawang merah,kunyit, bawang putih dan serai digiling. Masaklah bersama santan. Setelah mendidih masukkan udang yang telah dicuci tadi dan kacang panjang. Masukkan garam, ajinomoto dan asam secukup rasa. Setelah masak, angkat danbolehlah dihidangkan panas-panas.
ikan terubuk masak kicap-resepi mertua
bahan
ikan terubuk
minyak
kicap tong nam/ kicap manis adabi
bahan hiasan-tomato,kubis bunga
cara memasak:
- potong 2 bahagian ikan terubuk
- goreng ikan sehingga masak bersama minyak
- angkat ikan dan tinggalkan minyak tadi dalam satu sudu
- masukkan semula ikan serta kicap goreng selama satu minit
- masukkan sayur kubis bubis bunga dan tomato
ayam masak merah
bahan-bahan
- ayam
- kunyit
- sos tomato,bawang puteh
- halia,bawang merah kecil
- bawang besar,cili giling
- halia,serai, tomato
- gorang ayam yang disalut dengan kunyit separuh masak dan ketepikan
- tumis cili giling bersama bawang merah,puteh,halia dan serai sehingga pecah minyak
- masukkan ayam serta bawang merah besar
- biarkan pecah minyak semula dan masukkan sos tomato
- boleh dihidang bersama buah tomato
mee udang
1) Mee (300g)
2) Udang (100g)
3) Kulit dan kepala udang (1 mangkuk)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang besar (1 labu)
6) Serai (2 batang)
7) Tauhu (1 keping)
8) Taugeh (100g)
9) Sawi (1 ikat)
10) Daun bawang (sedikit)
11) Daun sup (sedikit)
12) Pes cili (2 sudu besar)
13) Sos tomato (2 sudu besar)
14) Belacan - dibakar (sedikit)
15) Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)
16) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
17) Bawang goreng (sedikit)
18) Gula (sedikit)
19) Garam (sedikit)
20) Minyak untuk menggoreng
Cara Masak
Cara-caranya, rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.
Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.
Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan dimasukkan ke dalam kuah.
Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.
Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.
Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.
Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.
Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.
Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.
Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.
Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.
ayam masak merah
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara-cara 1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
mee jawa
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
...5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris. See More
Cara Berlauk
Sedikit Udang segar didadu
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
Sedikit halia (tumbuk/hiris halus)
2 sudu makan rempah kari ikan
1 biji kentang didadu
Cili merah dibuang biji dan dihiris
daun bawang untuk hiasan
garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan inti:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Masukkan rempah kari dengan sedikit air. Tumis hingga naik bau dan masukkan kentang, udang dan cili hidup. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan ketepikan.
Bahan-bahan untuk batter:
Tepung gandum
1 biji telur
Air
Sedikit kunyit serbuk.
Sedikit garam
Cara penyediaan:
Masukkan air, tepung, serbuk kunyit, telur dan sedikit garam ke dalam pengisar.
Putar hingga sebati dan tambahkan tepung jika perlu sehingga pusaran sebesar syiling 10 sen.
Panaskan acuan,
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan sedikit minyak.
Letakkan inti. Dan hiaslah dengan daun bawang.
Tunggu sehingga masak.
Kemudian angkat menggunakan pencucuk…..dan sedia untuk dihidangkan.
biskut badam rangup
Bahan-Bahannya:-
* 150 g mentega
...* 125 g gula aising
* 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
* 1/2 camca teh esen vanilla
* 100 g tepung gandum*
* 100 g tepung kastard*
* 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
* 50 g serbuk badam
* 50 g tepung gandum (extra)..saya mmg guna hampir separuh ni...
Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya
Cara membuatnya:-
* Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan
esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
* Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah
diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke
dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan
kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra),
hingga adunan tidak melekit.
* Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan
kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan
tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar
dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12
minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap
udara...
Resepi Kueh Lopes.
Cara-cara :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar)
1 sudu teh air kapur (saya tak letak)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pandan paste
kelapa parut (isi putih sahaja) dan garam untuk digaul dengan lopes.
Air Gula Merah.
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 cawan air
1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Basuh dan rendamkan beras pulut selama 2-3 jam dengan air kapur sebelum dikukus. Saya tak letak pun air kapur. Rendam biasa sahaja.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali kelapa. Kukus selama 30 minit. Selepas 30 minit, kacau pulut untuk memastikan ia masak sekata. Kalau pulut tak cukup masak lagi. Tambah 10 minit lagi masa mengukus.
Sekiranya korang rendam sekejap sahaja pulut. Bolehlah dibiarkan pulut tu dikukus lebih lama. Bila diperiksa ia lembut seperti nasi.
3. Bila dah masak, sejukkan seketika sebelum dibentuk menjadi bulat.
4. Satu cara : lumurkan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput besar pulut. Bentukkan menjadi bulat. Buat sehingga habis.
Part ni kena sabar banyak ye. Pengalaman saya, 2-3 biji sekali saya kena basuh tangan. Pastu lumur balik minyak. Bila melekat tangan dengan pulut. Basuh balik tangan. Lumur minyak. Ulang sampai habis.
Cara dua : Gunakan penutup bekas Nescafe untuk membentuk jadi bulat. Alas dengan plastik untuk mudah masa keluarkan pulut.
5. Masak kesemua bahan untuk air gula merah sehingga mendidih.
6. Bila nak makan, gaulkan lopes dengan kelapa. Tuangkan air gula merah ke atasnya
resepi cream caramel...
1 tin susu pekat(krgkan dlm 2inci ukuran dr atas tin..klu x suka manis)
1 tin air(guna tin susu td)
10 bj telur(jgn tekejut plk ya..blh jg nk krg 8-9 bj,tp sy x suka krgkan tkut x menjd,x pa bkn mkn selalu)---kena cuci dl ye dgn air dan sabun bsuh pinggan..nnti hanyir..lagi pun telur yg x ...d bsh akan menjd maknn 'najis'..hati2 ya..
sdkt esen vanila
1-2 sd besar tepung jgg di bncuhngan sdkt air
caranya:..pukul telur perlahan2..masukkan susu, air dan kac au lg.. ,esen..kacau lg...
dan masukkan 1-2 sd besar tepung jagung...klu nk potong slice,,klu nk ceduk dan msukkan dlm bekas..mkn guna sudu..x yah bubuh tepung..blh trs ceduk dr bekas..
dan kukus..45 minit..tutup tudung kukus dgn kain ya...
blh hias dgn buah peach dan krim putar...mmg sdp
Rendang Ayam power
ramuan:
bawang puteh 3 biji,
barang merah 3 biji,cili giling 3 sudu
lengkuas,kelapa 1 biji,kerisik 3 sudu
halia, daun limau perut,kunyit hidup 3cm
cili padi 6 biji, ayam, rempah rendang adabi,
garam secukup rasa
cara memasak:
- tulis bawang puteh,merah,halia,kunyit,cilipadi,lengkuas dan cili giling yang dah dikisar hingga pecah minyak
- masukkan ayam dan ratakan rempah sehingga naik minyak semula
- masukkan kelapa yang dah diperah beserta ngan kerisik. masukkan garam secukup rasa
- tunggu hingga mendidih kemudian ambil daun limau perut dah masukkan ke dalam masakan
- boleh dihidang bersama ngan nasi,roti atau ketupat
ayam masak kicap - resepi mertua
Bahan :
• Ayam dipotong bahagianyA
• Bawang puteh
• Bawang merah
• Halia
• Cili hijau
• Cili merah
• Cili padi
• Tomato
• Kicap tong nam
Cara – cara memasak :
1. semua bahan yang dihiris halus-halus digoreng sehingga naik bau wangi
2. masukan ayam dan goring bersama-sama bahan2 hirisan
3. masukkan air 2 cawan dan kicap
4. biarkan mendidih dan masukan tomato untuk menambah ramuan.